Home
Home Home Sitemap Sitemap
Search
About Us   Products & Services   Case Studies   Contact Us   Feedback
 
Menu
Legal
 
Company News
23rd of October 2007
20,000 Peluang Kerja di MSC@Meru Raya
READ MORE
19th of October 2007
Perak Government Lauded for ICT Initiative
READ MORE
news.mou.070803.t.jpg
3rd of August 2007
FMM Perak 39th Annual Dinner
READ MORE
.: NEWS ARCHIVE    
 
Website management made easy!
 
Company News
20,000 Peluang Kerja di MSC@Meru Raya
Date: 23rd of October 2007
 

Source: Berita Harian


Oleh Ridzuan Yop dan Shamsul Kamal Amarudin


Tanda Pengiktirafan

TANDA PENGIKTIRAFAN: YAB Dato' Seri Diraja Abdullah Admad Badawi menyampaikan Sijil Status MSC Malaysia Cybercentre kepada Ketua Pegawai Eksekutif GreenEarth Technovations Sdn. Bhd., Ong Kian Aik, di Ipoh, semalam.




Lembah Kinta manfaat pelaburan asing besar dari AS, Dubai

MSC Malaysia Cybercentre@ Meru Raya di Ipoh yang dilancarkan semalam menarik dua pelaburan asing besar, masing-masing syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, manakala satu lagi membabitkan dari Dubai.

Pelaburan yang bakal dibuat syarikat Amerika itu bakal menawarkan kira-kira 20,000 pekerjaan, sementara syarikat Dubai itu pula sedia melabur kira-kira RM700 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melancarkan pusat siber baru itu menganggap kedua-dua pelaburan itu petanda baik pembangunannya.


Beliau menegaskan, kerajaan sedang menimbang permohonan pelaburan daripada beberapa syarikat lain.

"(Permohonan syarikat) yang lain masih dalam pertimbangan, tetapi dua syarikat ini mengesahkan pelaburan mereka.

"Dengan minat yang ditunjukkan, saya percaya MSC Malaysia Cybercentre@ Meru Raya akan berkembang dengan cepat dan membantu kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan bidang lain yang berkaitan di negeri ini," katanya pada sidang media di Ipoh, semalam.


Pengenalan GreenEarth

Pengenalan syarikat oleh Ketua Pegawai Teknologi GreenEarth Technovations Sdn. Bhd., Saiful Anuar A. Rahim kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Diraja Abdullah Admad Badawi.


MSC Malaysia Cybercentre@ Meru Raya di kawasan seluas 83.6 hektar mendapat pengiktirafan status Koridor Raya Multimedia daripada kerajaan pada 18 Mei lalu, sekali gus meletakkannya setanding dengan Cybercentre dan Cybercity MSC lain di negara ini.

Abdullah berkata, sebelum ini ada pihak tidak berpuas hati kerana kawasan Lembah Kinta dikecualikan daripada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) atau mana-mana wilayah pembangunan ekonomi lain.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan, kerajaan sebenarnya mempunyai perancangan lain bagi membangunkan kawasan yang turut menempatkan ibu negeri Perak, Ipoh.

"Saya menyatakan sudah tentu ada pembangunan lain yang akan dibawa ke sini dan MSC Malaysia Cybercentre@Meru Raya adalah perancangan yang akhirnya akan jadi pemangkin kepada pembangunan seluruh Perak.


"Bidang ICT mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan dalam sektor lain," katanya.

Sementara itu pada majlis pelancaran MSC Malaysia Cybercentre@ Meru Raya itu, Abdullah turut menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian antara kerajaan Perak dengan WCIT 2008 Sdn Bhd untuk menjadi rakan kongsi Kongres Teknologi Maklumat Sedunia Ke-16 (WCIT 2008) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pertengahan tahun depan.

Penyertaan itu satu daripada strategi untuk meletakkan Perak sebagai destinasi pilihan pelabur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada masa depan.

Menerusi perjanjian itu, Perak akan mendirikan astaka untuk mempromosikan peluang pelaburan dan pelancongan, slot berucap 15 minit serta penyenaraian syarikat ICT dari negeri itu sepanjang kongres yang dijangka dihadiri lebih 2,500 delegasi dari 80 negara bermula 18 hingga 22 Mei depan.

Perjanjian itu dimeterai antara Pengerusi WCIT 2008 Sdn Bhd, Datuk Badlisham Ghazali dan Ketua Eksekutif KPerak INC Corporation, Datuk Yaacob Nordin yang mewakili kerajaan Perak.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali.

Pada majlis semalam, Perdana Menteri turut menyaksikan pertukaran perjanjian membabitkan syarikat dan agensi berkaitan ICT, iaitu antara Spacetoon Media Group, Flare Studios dengan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Perak (PKNP); KPerak INC Corporation dengan SKALI E-ventures Sdn Bhd dan Hiroshi Industries Sdn Bhd serta Hatching Rechnology Sdn Bhd dengan Perak E-Organization Sdn Bhd.

Abdullah juga menyampaikan Sijil Taraf MSC Malaysia kepada Universiti Teknologi Petronas (UTP), GreenEarth Technovations Sdn Bhd, Hiroshi Industries Sdn Bhd dan The Red Snappers (M) Sdn Bhd.

 
<< Back to News
About Us | Products & Services | Case Studies | Contact Us | Feedback | Legal
Copyright © GreenEarth Technovations Sdn. Bhd. 2008. All Rights Reserved.   Terms & Conditions | Privacy Policy